PAKEJ MENYAKSIKAN KEINDAHAN BUMI TURKI Istanbul - Bursa - Pamukkale - Konya - Cappadocia – Bolu - Ankara 10 Hari 08 Malam Penerbangan Gulf Air ... !!!!!



HARI 01 
(KUALA LUMPUR – BAHRAIN)

Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas. Bertolak ke Bahrain . Tiba di Bahrain, daftar masuk ke hotel. Makan malam dan aktiviti bebas. 

Istanbul Bridge
HARI 02 
BAHRAIN – ISTANBUL – BURSA (MM)


Selepas sarapan, bertolak ke Istanbul . Tiba di Istanbul, peserta akan disambut oleh wakil kami disana. Bertolak ke Bursa dengan menaiki ferryboat ke Yalova, melalui Orhangazi dan Gemlik Bay , nikmati pemandangan yang sungguh indah disepanjang perjalanan diatas ferryboat ini. Daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Bursa . 

HARI 03 
BURSA - PAMUKKALE (SP/MT/MM) 

Selepas sarapan, check out dan melawat ke Ulu Mosque, Green Mosque, Green Mausoleum dan ke Silk Market dimana peserta diberi masa bebas membeli belah barangan cenderahati tempatan seperti cushion cover, curtain, table cloth dll. Sambung perjalanan ke Pamukkale. Daftar masuk dan bermalam di Pamukkale. 






HARI 04 
PAMUKKALE - KONYA
– CAPPADOCIA (SP/MT/MM)
Selepas sarapan, melawat ke bandar purba Roman Hierapolis, saksikan bandar lama yang menyimpan sejarah awal kerajaaan Turki, pelbagai artifek tinggalan sejarah dapat dilihat disini, peserta kemudiannya dibawa melawat ke kawasan teres air panas aneh yang dikenali dengan nama Cotton Castle, teruskan lawatan ke bandar suci Konya dengan mengunjungi Mevlana Museum, disini peserta boleh melihat kesan kesan awal pendudukan Islam di Turki, pelbagai barangan tinggalan Mevlana seperti ukiran kayu, karpet, alat muzik, dll boleh dilihat disini. Peserta akan diberi penerangan mengenai tarian Mevlana yang terkenal iaitu “Wherling Derwish” tarian dimana penarinya mampu berputar untuk satu jangka masa yang panjang!, saksikan keunikan Mevlana Museum ini, sambung perjalanan ke Cappadocia, singgah sebentar di Sultanhani Caravanserai, salah sebuah tempat persinggah pedagang dulu dalam perjalanan menuju ke Silk Road . Daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Cappadocia . 



HARI 05 

CAPPADOCIA (SP/MT/MM)

Sarapan, pagi di hotel, lawatan sepenuh hari di bandar Cappadocia, bandar yang dikenali dengan nama “The Flinstone House”, antara tempat yang akan dilawati ialah Underground City of Kaymakli, Pasabag Valley, kilang karpet buatan tangan dan kilang Pottery di Avanos Village, pottery dan karpet Turki telah diakui antara yang terbaik didunia, saksikan sendiri kehalusan seni dan proses pembuatannya, peserta juga boleh membeli karpet atau barangan pottery ini pada harga yang berpatutan. Makan malam dan bermalam di hotel. 

Monumen Ankara
HARI 06 
CAPPADOCIA-ANKARA-BOLU (SP/MT/MM)

Selepas sarapan, check out dan bertolak ke Bolu melalui bandar Ankara, Ankara merupakan pusat pentadbiran Turki juga dikenali sebagai “The city of Ataturk”, melawat ke Mausoleum dan Museum of Ataturk dimana peserta boleh melihat sendiri sejarah pemerintahan kerajaan Mustafa Kamal Ataturk yang telah menukar Turki dari sebuah Negara Islam menjadi sebuah kerajaan sekular. Sambung perjalanan ke Bolu, sebuah kawasan peranginan yang terletak di kaki gunung. Makan malam dan bermalam di hotel. 

HARI 07 
BOLU - ISTANBUL (SP/MT/MM) 


Selepas sarapan, bertolak ke Istanbul , satu-satunya bandar didunia yang mengabungkan 2 benua, Eropah dan Asia . Setibanya di Istanbul, melawat ke Blue Mosque atau Masjid Biru yang amat terkenal dengan keunikan senibinanya, dibina oleh Mehmet Alga, anak murid kepada arkitek agung, Ibnu Sinan. Rakamkan kenangan anda disini. Sambung lawatan ke Hippodrome, sebuah kawasan peninggalan pahlawan gladiator dahulu kala, digunakan sebagai kawasan untuk acara sukan dll di zaman dulu. Makan malam dan bermalam di Istanbul . 

HARI 08
ISTANBUL (SP/MT/MM) 
Masjid Istanbul!


Selepas sarapan, melawat ke Topkapi Palace, disini tersimpannya pelbagai khazanah Islam dan barangan peninggalan Rasulullah SAW seperti janggut, pedang, kesan tapak kaki dsbnya, lawatan diteruskan ke St Sophia, sebuah bangunan yang pernah dijadikan gereja, masjid dan sekarang muzium. Selepas makan tengahari, masa bebas membeli belah di Grand Covered Bazaar, bazaar tertutup terbesar di dunia, lebih 4000 buah kedai terdapat didalamnya. Makan malam dan bermalam di Istanbul . 

HARI 09-10 
(SP) 


Selepas sarapan, bebas melakukan aktiviti sendiri atau menyertai optional tour sebelum dibawa ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Bahrain .

8 comments:

  1. Salam...saya nak tanya laa...brape harga utk pakej ni yer?

    ReplyDelete
  2. berapa harga tuk pakej nie ya? tiket penerbangan, penginapan, makanan include sekali ke?

    ReplyDelete
  3. salam, bolah dapatkan maklumat x berapa harga pakej ini?

    ReplyDelete
  4. Assalam,ada ke package bln mac 2014.

    ReplyDelete
  5. Saya juga perlu tahu, kalau kami sekeluarga, suami isteri dan 2 anak di bawah 12 tahun menyertai pakej ini, berapakah harga yang perlu dibayar, termasuk tambang kapalterbang? Kami merancang untuk melancong ke Turki pada bulan Julai 2014.

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum, boleh bgtw berapa anggaran kos utk pakej ni ye?

    ReplyDelete
  7. soalan tak da jawapan . Brp harga?

    ReplyDelete