MENJELAJAH KE BENUA EROPAH TIMUR
(13 Hari / 10 Malam)
Frankfurt – Nurnberg - Regensburg – Prague - Brastilava - Budapest Vienna – Salzburg - Stuttgart
(GERMAN / REPUBLIK CZECH / SLOVAKIA / HUNGARY / AUSTRIA)







HARI 01 K.LUMPUR / BAHRAIN / FRANKFURT
Berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Frankfurt melalui Bahrain dengan menaiki Gulf Air. Selamat tiba di Bahrain. Check in hotel di Bahrain sementara menunggu masa untuk mengambil penerbangan ke Frankfurt. Pada sebelah malam Check out dari hotel dan mengambil penerbangan ke Frankfurt

HARI 02 FRANKFURT / NURNBERG / REGENSBURG 

Tiba di Frankfurt anda akan disambut oleh wakil kami dan seterusnya ke Nurnberg. Nama “Nurnberg” di ambil sempena bukit bukau” pada tahun 1050 masihi. Pada tahun 1424 Nurnberg dirasmikan sebagai sebuah bandar di Raja dan Agung serta mempunyai kepadatan penduduk seramai 40,000 orang ketika itu. Setelah 30 tahun berperang, dan bandar ini merupakan laluan kepada para pedagang, akhirnya ia di kenali sebagai “Capital of the Middle Ages”. Terletak di tengah pusat bandar yang mempunyai kepadatan penduduk setengah juta orang. Disini terdapat bangunan lama tamadun dari peninggalan sejarah seperti gereja, istana di raja. Selepas mengelilingi Kota Lama anda akan di bawa ke Wilayah Regensburg . Kota ini dijumpai pada kurun ke 17 pada zaman pemerintahan di Raja Marcus Aurelius. Bermalam di Regensburg.

HARI 03 REGENSBURG / PRAGUE. 

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa melawat ke “The Neupfarrplatz Square”. Di abad kurun pertengahan kawasan ini adalah penempatan orang “yahudi”. Selepas dimansuhkan pada tahun 1519 sebuah gereja Kayu telah didirikan disini dan ianya telah di robohkan setelah mereka membina 2 bangunan gereja yang besar mengikut perancangan awal. Pada tahun 1542 gereja ini di ambil alih oleh penganut Protestant. Sambung perjalanan ke Praque Bandaraya Utama Republik Czech. Bermalam di Prague.

HARI 04 BANDARAYA PRAGUE 
Kewujudan kain sutera dan baldu menjadikan Praque sebagai sebuah bandaraya yang terkenal dengan pengeluaran fesyen pakaian yang berjenama dan terkini. Praque merupakan bandaraya yang ke 3 terbesar di benua Eropah selepas London dan Paris. Bandaraya Prague masih lagi terkenal dengan tamadun sejarah dan keunikan bangunan yang dibina pada abad ke 12-15 masihi. Kebanyakan bangunan di sini mempunyai gerbang rencong yang tajam. Selepas sarapan pagi anda berpeluang menikmati panorama yang cantik dan klasik iaitu lawatan ke Istana Hdradcany yang berusial 1000 tahun dan The Golden Lane. Anda akan melewati “Dataran Wenceslass, Jambatan Charles, Menara Powder dan Old Town Square yang merupakan tempat kunjungan para pelancung dari seluruh dunia. Berpeluang membeli belah seperti barangan Kristal Bohemian, Tembikar Carlsbad, barang perhiasan, dan lain-lain lagi. Bermalam di Prague. Bangunan Parlimen, Budapest

HARI 05 PRAGUE / BRATISLAVA 
Selepas sarapan pagi bertolak ke Bratislava Bandaraya Utama Republik Slovakia. Disini anda akan melawati Istana Lama yang di bina pada abad ke 9. Melintasi “Danube” dan saksikan panorama indah Bandaraya Bratislava. Menyusuri ke Kota Lama dan sambil menyaksikan pemandangan indah Istana Presiden. Berhenti seketika untuk anda membeli belah di Kota Lama yang dibina pada abad pertengahan. Bermalam di Bratislava.

HARI 06 BRATISLAVA / BUDAPEST 

Selepas sarapan pagi, di hotel penginapan, meneruskan perjalanan ke Budapest kawasan pendalaman Hungary sambil menikmati panorama yang menarik dengan keindahan dan keunikan bangunan dari sejarah silam. Setibanya di Budapest, acara bebas. Bermalam di Budapest. 
HARI 07 BANDARAYA BUDAPEST 
Selepas sarapan pagi, menyeberangi “Danube” serta menikmati panorama indah dari Citadel ke Gellert Hill. Keunikan Gereja St Matthias yang bersebelahan dengan “Fisherman’s Bastion” dan juga bangunan Parlimen. Melewati Istana Di Raja Budapest dan menyeberangi “Danube” ke Wilayah Pest di mana anda akan dibawa ke Dataran Heroes dan Andrassy Boulevard. Acara bebas pada sebelah petang di mana anda boleh bersiar dengan cruise(Optional). Bermalam di Budapest.

HARI 08 BUDAPEST / VIENNA
Selepas sarapan pagi, berangkat ke Vienna Bandaraya Utama Austria. Setibanya di Vienna lawatan singkat ke Istana Schonbrunn dan taman bunga yang berdekatan. Seterusnya melewati Gereja St Charles yang di bina bercirikan keunikan Opera House. Anda juga berpeluang melihat Tugu Peringatan “Prince Eugene” yang berhadapan dengan kediaman Di Raja Hofburg. Dengan mengikut dorongan hari anda akan terpegun melihat “Hundetwasser House” yang dibina khas bercirikan kehidupan moden masa kini. Acara bebas buat anda pada sebelah petang atau anda boleh menghabiskan masa di Taman Pesta Prater yang terkenal dengan kerusi Roda Ferris – Kerusi Roda yang menegak yang besar dan anda berpeluang menaikinya. Bermalam di Vienna.

HARI 09 VIENNA / SALZBURG / MUNICH 
Selepas sarapan pagi, sambung perjalanan dengan melalui kawasan pergunungan yang membawa kita ke Wilayah Salzburg. Disini adalah kota kelahiran Mozart’s yang di kaitkan dengan “The Sound of Music”. Lawatan dengan diiringi oleh pemandu pelancung tempatan ke Dataran Mozart, The Horse Fountain dan Dataran Cathedral. Sambung perjalanan ke Munich dan dijangka tiba pada lewat petang. Setibanya di Munich anda akan di bawa ke Istana Nymphenburg, Taman Inggeris (English Gardern) dan Romerplatz. Berhadapan dengan City Hall anda berpeluang mendengar deringan jam yang terkenal iaitu “Glockenspiel Clock”. Acara bebas dan bermalam di Munich.

HARI 10 MUNICH 
Selepas sarapan pagi, anda bebas dengan aktiviti sendiri. Anda boleh memilih untuk membeli belah dan sebagainya. HARI 11 MUNICH / STUTTGART. Selepas sarapan anda akan dibawa ke Stuttgart-Metzingen yang merupakan pusat membeli belah yang terkenal di benua Eropah. Terdapat beraneka barang yang berjenama (40 syarikat yang berjenama) seperti “Bally, Bogner, Hugo Boss, Cerruti 1881, Diadora, Escada, Esprit, Lacoste, Galizia, Golfino, Jil Sander, Joop!, Hilfiinger dan sebagainya. Anda boleh membelinya dengan harga yang murah dan berpatutan. Bermalam di Stuttgart.
HARI 12 STUTTGART / FRANKFURT / BAHRAIN
Selepas sarapan pagi, bertolak balik ke Frankfurt untuk menaiki penerbangan Gulf Air ke Bahrain. Seterusnya bertolak ke Kuala Lumpur.

HARI 13 BAHRAIN / K.LUMPUR I
nsya’Allah tiba di Kuala Lumpur bersama dengan kenangan manis yg amat bernilai