Dasree Travel & Tour






   Dasree Travel & Tours Sdn Bhd telah beroperasi selama 17 tahun di bawah bimbingan Tuan Haji Zulkifli Bin Wan Ahmad, seorang yang gigih dalam mengendalikan syarikat beliau. Menurut Tuan Haji Zulkifli, syarikat ini merupakan kesinambungan dari usaha murni arwah bonda beliau Puan Hajjah Rahmah yang dari dahulunya mengutamakan keselesaan pelanggan dan barakah Allah.

  Oleh itu, fokus syarikat bukan untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada memberikan perkhidmatan khususnya untuk membawa saudara seIslam ke bumi suci  Allah sambil beribadah serta memuji kebesaranNya, termasuk ke Makkah Al-Mukarramah, Madinah Al-Munawwarah dan lain-lain negara. Selain Tuan Haji Zulkifli, syarikat ini dikongsi bersama Tuan Haji Ahmad bin Abdullah dan isterinya Puan Hajjah Nuraini Hayati bt. Ismail.

   Lokasi  Dasree Travel & Tours Sdn Bhd terletak di Pantai Johor, Alor Setar Kedah Darul Aman. Alhamdulillah, dengan sokongan pelbagai pihak dan barakah Allah S.W.T, bilangan pelanggan telah mencapai sasaran yang tertinggi. Hasil daripada kemajuan dan kejayaan ini kami telah merealisasikan impian untuk mempunyai perkhidmatan bas persiaran bagi memudahkan perjalanan dan keselesaan pelanggan kami. Dengan sambutan baik yang kami terima juga, pelbagai strategi baru dan pakej pelancongan menarik telah dibuat untuk para pelanggan yang sangat kami hormati.

  Perkhidmatan bas persiaran milik syarikat Dasree Travel & Tours Sdn. Bhd, boleh disewa untuk aktiviti persiaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand.



Perkhidmatan lain syarikat kami adalah seperti di bawah:

  • Tempahan tiket penerbangan ke mana-mana destinasi pilihan pergi dan balik dari KLIA,
  • Perkhidmatan sewaan bas persiaran, kereta dan van,
  • Tempahan penginapan hotel atau apartment dalam dan luar negara,
  • Perkhidmatan 'ground handling' bagi pakej pelancongan dalam dan luar negara,
  • Perkhidmatan Mutawwif,
  • Perkhidmatan Visa umrah dan haji,
  • Insuran perjalanan,
  • Perkhidmatan penyediaan makanan halal bagi setiap pakej pelancongan dalam dan luar negara termasuk di Makkah dan Madinah,
  • Kami juga bersedia melayan dan memenuhi setiap permintaan pelanggan mengikut perbincangan bersama.



Antara pakej pakej yang disediakan oleh Dasree travel & Tour adalah melancong ke Benua Eropah, eropah tengah, Afrika, Pakej Domestik ( dalam Negara) Ground Handling, Timur Tengah, Asia, Oceania, dan UMRAH & ZIARAH, berserta HAJI



Hubungi Pejabat Dasree Travel & Tour Untuk Maklumat lanjut mengenai 
pakej - pakej yang ditawarkan di talian : 


TEL               :    +(604) 735 3563 / (604) 733 2969

FAX               :     +(604) 735 8426

EMAIL        :     dasreetravel@ymail.com

WEBSITE  :   www.dasreetraveltours.com

TUAN HJ ZUL : 012 - 5340461

Trip ke Bumi Afrika 11 hari 9 malam












BUMI MOROCCO + Egypt 

Casablanca, Rabat, Tangier, Fez, Meknes, Marakech, Cair
11Hari 9Malam.
*Penerbangan EGYPT AIR





Hari 01 
Kuala Lumpur
Peserta diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas ke Cassablanca melalui Cairo. 
Tempat pertemuan dan waktu untuk berkumpul akan diberitahu 3 minggu sebelum tarikh berlepas. 

Hari 02 
Cairo - Casablanca (MT)
Sampai di Cairo dan anda akan dibawa keluar ke hotel di Cairo untuk berehat disini. 
Aturcara bebas sehingga petang. Ambil penerbangan seterusnya ke Morocco. 


Hari 03
Casablanca (MM)



Selamat tiba di Casablanca dan selepas selesai urusan imigresen, anda akan dibawa terus ke hotel untuk berehat 
dan bermalam di sini. 


Hari 04 
Casablanca/Rabat/Tangier (SP/MT/MM)


Selepas sarapan di hotel, bertolak ke Rabat. Sampai di Bandar Rabat dan anda dibawa 
melawat ke makam Raja Muhamad. Selepas itu menuju ke Hassan tower dan Royal Palace. 
Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Tangier iaitu bandar tepi laut 
yang menghubungkan Africa dan Eropah. Bandar ini juga merupakan pintu masuk pelancung 
dan pedagang Europe ke Afrika. Sampai di Tangier, makan malam dan acara bebas. 



pintu masuk Old Medina


Hari 05 
Tangier/Fez (SP/MT/MM)
Selepas sarapan di hotel, lawatan dimulakan dengan melawat ke beberapa destinasi menarik diTangier. 
Anda akan dibawa melawat ke Hercules Caves, Kasbah dan bandar lama Tangier. 
Selepas makan tengahari, anda akan melalui perjalanan yang agak jauh untuk menuju ke Fez. 
Sepanjang perjalanan ini anda akan dapat melihat beribu-ribu pokok zaitun di kiri kanan jalan. Bermalam di Fez. 


Hari 06
Fez (SP/MT/MM)


Selepas sarapan, melawat ke sekitar Bandar Fez. Anda akan berpeluang melihat Bandar Fez yang lama dan juga baru. 
Anda juga akan dibawa ke Old Medina iaitu Bandar lama yang sungguh unik. 
Keldai dan kuda masih lagi digunakan secara meluas di sini sebagai kenderaan pengangkutan barang dagangan. 
Dari dalam kedai yang menjual barangan kulit, anda akan dapat melihat bagaimana caranya pekerja 
mewarnakan kulit-kulit binatang di dalam kolah. Selepas makan tengahari, aturcara bebas. Makan malam di Fez. 


hercules caves!
Hari 07 
Fez/Meknes/Marrakech. (SP/MT/MM)


Selepas sarapan di hotel, bertolak ke Meknes. Di Meknes, anda akan dibawa melawat ke Bab Mansour(lihat dari luar) 
dan makam Maulana Ismail. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan dengan menuju ke Marrakech iaitu 
banadar yang dikenal sebagai ‘the pearl of the south’. Sampai di Marakech dan bermalam di sini. 


Hari 08
Marrakech (SP/MT/MM)


Selepas sarapan di hotel, anda akan dibawa melawat ke sekitar Bandar Marrakech. 
Antara tempat lawatan yang menarik ialah Djemaa El Fna Square dan Bahia Palace. 
Selepas itu melawat ke Masjid Kaotouba dan Tombeaux Saadiens. Sebelah petang, acara bebas. 
Sebelah malam, optional untuk menyaksikan tarian budaya yang sangat terkenal di sini. Bermalam di Marakech. 


Hari 09 
Marrakech / Casablanca (SP/MT/MM)
 



Selepas sarapan pagi, bertolak ke Casablanca. Anda akan dibawa melawat ke sekitar Bandar Casablanca. 
Antara tempat menarik yang akan dilawati ialah Mesjid King Hassan, Royal Palace dan Old Medina. 
Sebelah petang, aturcara bebas. Selepas makan malam, bertolak ke airport untuk mengambil 
penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Cairo. 


Hari 10 
Cairo (MT/MM)


Selamat sampai di Cairo. Anda akan dibawa melawat ke sekitar Bandar Cairo. 
Anda juga berpeluang untuk membeli-belah di bazaar yang sangat terkenal di Cairo iaitu Bazaar Khan El-Khalily.
 Selepas makan malam, menuju ke airport untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. 


Hari 11
Cairo / Kuala Lumpur

Anda dijangka tiba di KLIA bersama kenangan manis di bumi Morocco. 

Dasree Travel & Tour






   Dasree Travel & Tours Sdn Bhd telah beroperasi selama 17 tahun di bawah bimbingan Tuan Haji Zulkifli Bin Wan Ahmad, seorang yang gigih dalam mengendalikan syarikat beliau. Menurut Tuan Haji Zulkifli, syarikat ini merupakan kesinambungan dari usaha murni arwah bonda beliau Puan Hajjah Rahmah yang dari dahulunya mengutamakan keselesaan pelanggan dan barakah Allah.

  Oleh itu, fokus syarikat bukan untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada memberikan perkhidmatan khususnya untuk membawa saudara seIslam ke bumi suci  Allah sambil beribadah serta memuji kebesaranNya, termasuk ke Makkah Al-Mukarramah, Madinah Al-Munawwarah dan lain-lain negara. Selain Tuan Haji Zulkifli, syarikat ini dikongsi bersama Tuan Haji Ahmad bin Abdullah dan isterinya Puan Hajjah Nuraini Hayati bt. Ismail.

   Lokasi  Dasree Travel & Tours Sdn Bhd terletak di Pantai Johor, Alor Setar Kedah Darul Aman. Alhamdulillah, dengan sokongan pelbagai pihak dan barakah Allah S.W.T, bilangan pelanggan telah mencapai sasaran yang tertinggi. Hasil daripada kemajuan dan kejayaan ini kami telah merealisasikan impian untuk mempunyai perkhidmatan bas persiaran bagi memudahkan perjalanan dan keselesaan pelanggan kami. Dengan sambutan baik yang kami terima juga, pelbagai strategi baru dan pakej pelancongan menarik telah dibuat untuk para pelanggan yang sangat kami hormati.

  Perkhidmatan bas persiaran milik syarikat Dasree Travel & Tours Sdn. Bhd, boleh disewa untuk aktiviti persiaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand.



Perkhidmatan lain syarikat kami adalah seperti di bawah:

  • Tempahan tiket penerbangan ke mana-mana destinasi pilihan pergi dan balik dari KLIA,
  • Perkhidmatan sewaan bas persiaran, kereta dan van,
  • Tempahan penginapan hotel atau apartment dalam dan luar negara,
  • Perkhidmatan 'ground handling' bagi pakej pelancongan dalam dan luar negara,
  • Perkhidmatan Mutawwif,
  • Perkhidmatan Visa umrah dan haji,
  • Insuran perjalanan,
  • Perkhidmatan penyediaan makanan halal bagi setiap pakej pelancongan dalam dan luar negara termasuk di Makkah dan Madinah,
  • Kami juga bersedia melayan dan memenuhi setiap permintaan pelanggan mengikut perbincangan bersama.



Antara pakej pakej yang disediakan oleh Dasree travel & Tour adalah melancong ke Benua Eropah, eropah tengah, Afrika, Pakej Domestik ( dalam Negara) Ground Handling, Timur Tengah, Asia, Oceania, dan UMRAH & ZIARAH, berserta HAJI



Hubungi Pejabat Dasree Travel & Tour Untuk Maklumat lanjut mengenai 
pakej - pakej yang ditawarkan di talian : 


TEL               :    +(604) 735 3563 / (604) 733 2969

FAX               :     +(604) 735 8426

EMAIL        :     dasreetravel@ymail.com

WEBSITE  :   www.dasreetraveltours.com

TUAN HJ ZUL : 012 - 5340461


PAKEJ MELANCONG BENUA EROPAH SERTA BENUA EROPAH TENGAH

                 


     MENJELAJAH KE BENUA EROPAH 
                                                          ( 13Hari / 10Malam )
                               
     GERMAN / SWITZERLAND / PERANCIS / BELGIUM / BELANDA / ENGLAND       
          Frankfurt - Stuttgart – Lucerne – Paris – 
       Brussels - Amsterdam - 
   London








HARI 01 
KLIA/BAHRAIN/ FRANKFURT 

Berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Frankfurt melalui Bahrain dengan menaiki Gulf Air. Selamat tiba di Bahrain. Berehat sebentar sementara menunggu masa untuk mengambil penerbangan ke Frankfurt. 

HARI 02 
FRANKFURT / STUTTGART
 

Tiba di Frankfurt dan anda akan disambut oleh wakil POTO. Lawatan ringkas di sekitar Frankfurt (By Pass). Seterusnya bertolak ke Kota Stuttgart-Metzingen yang merupakan pusat membeli belah “Factory Outlet” yang agak terkenal di German. Terdapat barangan yang berjenama seperti “Bally, Bogner, Hugo Boss, Cerruti 1881, Diadora, Escada, Esprit, Lacoste, Galizia, Golfino, Jil Sander, Joop, Hilfinger dan sebagainya dan anda boleh membelinya dengan harga yang berpatutan. Bermalam di Stuttgart . 

HARI 03 
STUTTGART / BLACK FOREST / SCHAFFHAUSEN / LUCERNE

Selepas sarapan pagi, berangkat ke Schaffhausen untuk menyaksikan air terjun yang terbesar di Eropah iaitu THE RHINEFALLS. Anda juga akan melalui Black Forest sambil menghayati pemandangan yang indah disini. Seterusnya bertolak ke Lucerne. Lucerne adalah kota warisan yang terkenal dengan pergunungan Alps dan dikelilingi oleh tasik yang terjadi dari Sungai “Reuss”. Setibanya di sana terus ke hotel penginapan untuk berehat. Bermalam di Lucerne. 

HARI 04 
LUCERNE
 

Selepas sarapan pagi anda akan di bawa melawat ke Gunung Titlis dengan ketinggian 3020 meter yang mempunyai salji sepanjang tahun dengan menaiki kereta kabel (optional tour). Di sini anda dapat menyaksikan panorama yang cukup menarik. Anda juga berpeluang bermain luncur salji. Pada petangnya lawatan ke Chapel Bridge dan seterusnya membeli-belah jam jenama Swiss dan “chocolate” yang masyhur di sini. Aturcara bebas. Bermalam di Lucerne. 

HARI 05 
LUCERNE / PARIS

Selepas sarapan pagi, perjalanan jauh ke Kota Metropolitan Paris yang terkenal dengan sejarah Napoleun Bonarparte. Setibanya disana terus ke hotel penginapan untuk berehat. Aturcara bebas. Bermalam di Paris. 

HARI 06 
PARIS

Selepas sarapan pagi anda akan dibawa melawat ke Paris, kota yang terkenal dengan suasana romantik dan khayalan. Menyaksikan panorama menarik dari Menara Eiffel dan lawatan ke “Arc de Triomphe, Opera, Madeleine, Lauvre, Champs-Elysees, Cathedral of Notre Dame yang dibuat dari gelas kaca. Menyusuri Sungai Seine dengan bot di mana anda dapat melihat bangunan yang berusia 2000 tahun dan peninggalan sejarah Napoleoun Bonarparte. Pada sebelah petang aturcara bebas membeli-belah. Bermalam di Paris.

HARI 07 
PARIS / AMSTERDAM

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Amsterdam. Anda berpeluang melihat banyak windmill apabila memasuki Negara Holland. Sampai di Amsterdam dan aturcara bebas. Anda boleh merancang sendiri untuk keluar melihat aktiviti malam di Amsterdam. 

HARI 08 
AMSTERDAM

Selepas sarapan pagi lawatan ke kilang memproses dan memotong batu permata (berlian). Seterusnya acara menarik menyusuri sungai dengan menaiki “Canal Cruise” yang merupakan pengangkutan air yang terkenal di Kota Amsterdam sambil menghayati keunikan bangunan dan kesan peninggalan sejarah. Pada sebelah petang lawatan Zaanese Schans iatiu perkampungan ‘Windmill’ dan perkampungan nelayan Volendam yang menarik. Seterusnya lawatan ke kilang memproses keju dan membuat kasut kayu (Clog Maker) dan anda juga berpeluang melihat demontrasi cara pembuatannya. Balik ke Amsterdam dan anda berpeluang bersiar-siar di dataran yang tertua di Amsterdam iaitu “Damrak Square”. Bermalam di Amsterdam. 

HARI 09 
AMSTERDAM / BELGIUM / LONDON

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Brussels, Belgium iaitu bandaraya yang berusia 1000 tahun. Nama Brussels diambil sempena 19 daerah kerajaan Perancis. Bertolak ke London menaiki Eurostar. Sampai di London dan anda akan dibawa terus ke hotel untuk bermalam. 

HARI 10 
LONDON

Selepas sarapan pagi lawatan ke House of Parliaments, Big Ben, Westminter Abbey dan Trafalqar Square dan seterusnya aturcara bebas membeli-belah dilokasi yang terkenal iaitu Oxford Street. Bermalam di London

HARI 11 
LONDON

Selepas sarapan pagi aturcara bebas. 

HARI 12 
LONDON/BAHRAIN
  

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air melalui Bahrain. 

HARI 13 
BAHRAIN/KUALA LUMPUR

Selamat sampai di Kuala Lumpur.