Dasree Travel & Tours Sdn Bhd telah beroperasi selama 17 tahun di bawah bimbingan Tuan Haji Zulkifli Bin Wan Ahmad, seorang yang gigih dalam mengendalikan syarikat beliau. Menurut Tuan Haji Zulkifli, syarikat ini merupakan kesinambungan dari usaha murni arwah bonda beliau Puan Hajjah Rahmah yang dari dahulunya mengutamakan keselesaan pelanggan dan barakah Allah.
Oleh itu, fokus syarikat bukan untuk mencari keuntungan tetapi lebih kepada memberikan perkhidmatan khususnya untuk membawa saudara seIslam ke bumi suci Allah sambil beribadah serta memuji kebesaranNya, termasuk ke Makkah Al-Mukarramah, Madinah Al-Munawwarah dan lain-lain negara. Selain Tuan Haji Zulkifli, syarikat ini dikongsi bersama Tuan Haji Ahmad bin Abdullah dan isterinya Puan Hajjah Nuraini Hayati bt. Ismail.
Lokasi Dasree Travel & Tours Sdn Bhd terletak di Pantai Johor, Alor Setar Kedah Darul Aman. Alhamdulillah, dengan sokongan pelbagai pihak dan barakah Allah S.W.T, bilangan pelanggan telah mencapai sasaran yang tertinggi. Hasil daripada kemajuan dan kejayaan ini kami telah merealisasikan impian untuk mempunyai perkhidmatan bas persiaran bagi memudahkan perjalanan dan keselesaan pelanggan kami. Dengan sambutan baik yang kami terima juga, pelbagai strategi baru dan pakej pelancongan menarik telah dibuat untuk para pelanggan yang sangat kami hormati.
Perkhidmatan bas persiaran milik syarikat Dasree Travel & Tours Sdn. Bhd, boleh disewa untuk aktiviti persiaran ke seluruh Semenanjung Malaysia, Singapura dan Thailand.
Perkhidmatan lain syarikat kami adalah seperti di bawah:
- Tempahan tiket penerbangan ke mana-mana destinasi pilihan pergi dan balik dari KLIA,
- Perkhidmatan sewaan bas persiaran, kereta dan van,
- Tempahan penginapan hotel atau apartment dalam dan luar negara,
- Perkhidmatan 'ground handling' bagi pakej pelancongan dalam dan luar negara,
- Perkhidmatan Mutawwif,
- Perkhidmatan Visa umrah dan haji,
- Insuran perjalanan,
- Perkhidmatan penyediaan makanan halal bagi setiap pakej pelancongan dalam dan luar negara termasuk di Makkah dan Madinah,
- Kami juga bersedia melayan dan memenuhi setiap permintaan pelanggan mengikut perbincangan bersama.
Antara pakej pakej yang disediakan oleh Dasree travel & Tour adalah melancong ke Benua Eropah, eropah tengah, Afrika, Pakej Domestik ( dalam Negara) Ground Handling, Timur Tengah, Asia, Oceania, dan UMRAH & ZIARAH, berserta HAJI
Hubungi Pejabat Dasree Travel & Tour Untuk Maklumat lanjut mengenai
pakej - pakej yang ditawarkan di talian :
TEL : +(604) 735 3563 / (604) 733 2969,
FAX : +(604) 735 8426
EMAIL : dasreetravel@ymail.com
WEBSITE : www.dasreetraveltours.com
TUAN HJ ZUL : 012 - 5340461
No comments:
Post a Comment