UMRAH & ZIARAH 2011












PAKEJ UMRAH & ZIARAH DENGAN PENERBANGAN ROYAL AIRLINES 40 H / 38 M

                                                                                                             
HARI 01
KUALA LUMPUR / AMMAN JORDAN - 27 JUL 2011
Rombongan berada di lapangan Terbang untuk berlepas

Jemaah dikehendaki berada di KLIA 3 jam sebelum berlepas ke Amman Jordan dengan penerbangan Royal Jordanian Airlines. Penerbangan dari KLIA berlepas pada jam 2210. Setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Queen Alia pada pagi 28 Jul 2011 (jam 0515), jemaah akan dibawa bertolak ke Damsyik dengan menaiki bas persiaran berhawa dingin. Sebaik tiba di Damsyik Syria, jemaah akan dibawa makan malam dan ke Hotel untuk berehat.

HARI 02
DAMSYIK / ZABADANI / QOSIYUN

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi Makam Habil (anak Nabi Adam AS yang telah dibunuh oleh saudaranya Qabil) yang terletak di Pergunungan Qalamun (45km ke utara Damsyik). Lawatan diteruskan ke Gunung Qasiyun
untuk menikmati keindahan Bandar Damsyik dari bahagian tertinggi di kota tersebut.

HARI 03

DAMSYIK / BAB-ASSAGHIR 

Selepas sarapan pagi, jemaah akan dibawa lawatan sehari ke bandar baru Damsyik dengan melawati Muzium Kebangsaan, Takiyeh Sulaiman (komplek yang dibina ole Sultan Sulaiman The Magnificient, kerajaan Usmaniah yang terdiri daripada Masjid Sultan Abdul Hamid, Muzium Perang, Pusat Kraftangan dan Seni Syria). Lawatan diteruskan ke Masjid Umawi (di mana terletaknya makam Nabi Yahya AS, menara Isa yang dipercayai menjadi tempat turunya Nabi Isa AS di akhir zaman, mimbar 4 mazhab, baitulmal, mashad Imam Hussein RA dan lain-lain). Lawatan lain ialah ke Makam Salahuddin Al-Ayoubi, Pintu masuk Temple of Jupiter, Bazaar Al-Hameediah, Madhat Pasha dan Souq At-Thawil untuk membeli belah.

Para Jemaah bergambar kenangan
HARI 04
DAMSYIK / AMMAN JORDAN / JEDDAH / MADINAH

Jemaah dikehendaki bersedia di lobi hotel untuk meneruskan perjalanan ke Amman Jordan untuk lawatan sehari di Jordan. Para jemaah akan dibawa dengan bas persiaran berhawa dingin untuk melawat dan menziarahi Makam Nabi Shuib R.A yang terletak di Lembah Jordan, Laut Mati, dan Gua Ashabul Kahfi yang terletak di pinggir kota Amman. Perjalanan diteruskan ke Lapangan Terbang Queen Alia untuk berlepas ke Jeddah pada jam 2135. Jangkaan tiba di Jeddah pada jam 2345 pada hari yang sama (30 Jul 2011). Sebaik tiba di Jeddah, jemaah akan dibawa dengan bas persiaran berhawa dingin terus ke Madinah Al-Munawwarah dan daftar masuk hotel di sana untuk berehat.

HARI 05
MADINAH (ZIARAH DALAM) (BERSAHUR)
Selepas sarapan pagi, para jemaah dibawa untuk menziarahi Masjid Nabawi dan Makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Raudha dan Perkuburan Baqi’ yang akan diaturkan oleh mutawwif Dasree Travel & Tours di sana. Setelah itu, para jemaah bebas mengerjakan ibadah atau melakukan urusan sendiri.


HARI 06
MADINAH (LAWATAN LUAR) (BERBUKA / BERSAHUR)

Para jemaah akan dibawa dengan bas persiaran berhawa dingin melawat beberapa tinggalan sejarah Islam di sekitar Madinah. Lawatan ini termasuklah ke Masjid Quba’, Pasar Tamar @ Kebun Tamar, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Pusat Percetakan Al-Quran (tertakluk kepada kelulusan) dan Bukit Magnet yang akan diaturkan oleh mutawwif  Dasree Travel & Tours di sana.

HARI 07
MADINAH / MAKKAH (BERBUKA / BERSAHUR)

Jemaah dikehendaki bersedia di lobi hotel serta siap berpakaian ihram, seterusnya ke Masjid Nabawi (wida’ ke Makam Rasul S.A.W) dan Miqat di Bir Ali berniat Umrah untuk menunaikan ibadat Umrah di Baitullah. Jemaah akan dibawa terus ke Makkah dengan bas berhawa dingin. Sebaik sahaja tiba di Makkah jemaah dibawa ke Hotel untuk berehat. Tawaf di Baitullah akan diaturkan oleh mutawwif Dasree Travel & Tours disana.

Melawat Pusara Sultan Salehuddin AL Ayyubi
aktiviti bebas jemaah
HARI 08 - 11
MAKKAH (BERBUKA / BERSAHUR)

Jemaah bebas beribadah mengerjakan umrah dan urusan sendiri.

HARI 12
MAKKAH (LAWATAN LUAR) (BERBUKA / BERSAHUR)

Selepas subuh, jemaah dikehendaki bersedia di lobi hotel untuk lawatan luar yang akan di aturkan oleh mutawwif Dasree Travel & Tours di sana. Tempat lawatan termasuklah ke Jabal Thur, Padang Arafaah, Jabal Rahmah, Masjid Namirah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur, dan Masjid Ja’ranah. Di Ja'ranah, para jemaah bebas berniat umrah untuk menunaikan ibadah umrah di Baitullah.







HARI 13
MAKKAH (LAWATAN LUAR) (BERBUKA / BERSAHUR)

Selepas subuh, jemaah dikehendaki bersedia di lobi hotel untuk dibawa ke Hudaibiyah, Penternakan Unta (peluang untuk membeli susu unta) dan Muzium Haramain (tertakluk kepada kelulusan). Di Hudaibiyah, para jemaah bebas berniat umrah untuk menunaikan ibadah umrah di Baitullah.
HARI 14 - 39
MAKKAH (BERBUKA / BERSAHUR)

Jemaah bebas beribadah mengerjakan umrah dan urusan sendiri.

Perserta bergambar kenangan bersama Tuan Hj Zulkifli
Antara Pemandangan yang dapat disaksikan


HARI 40 
MAKKAH / JEDDAH / AMMAN (BERBUKA / BERSAHUR)

Jemaah dikehendaki mengerjakan tawaf wida’ sebelum berangkat ke Jeddah. Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang, jemaah akan dibawa melawat Bandar Jeddah, Pasir Kurnish, Laut Merah dan Masjid Terapung dan seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Jeddah untuk penerbangan ke Amman (Transit) pada jam 2140. Jemaah berlepas ke Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 0210.

Rombongan Dasree Travel & Tour (MALAYSIA)
KUALA LUMPUR - 05 SEP 2011


Jangkaan ketibaan jemaah di KLIA pada jam 1925.
Semoga Para Jemaah (Haji / Hajjah) mendapat umrah yang Maqbullah (Insya Allah) dan membawa balik seribu satu kenangan ketika berada di Tanah Suci serta selamat kembali ke pangkuan keluarga yang dirindui…..
**Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan Pihak Penerbangan & Visa Umrah**




HADIAH CENDERAHATI

    • Beg 3 set – buku panduan umrah
    • 10 liter air zam-zam – Label Telekong (Malaysia)
    • Lencana –Sticker Beg

    No comments:

    Post a Comment