PAKEJ MELANCONG BENUA EROPAH SERTA BENUA EROPAH TENGAH

                                                          ( 13Hari / 10Malam )
                               
     GERMAN / SWITZERLAND / PERANCIS / BELGIUM / BELANDA / ENGLAND       
          Frankfurt - Stuttgart – Lucerne – Paris – 
       Brussels - Amsterdam - 
   London





HARI 01 
KLIA/BAHRAIN/ FRANKFURT 

Berkumpul di KLIA sebelum berlepas ke Frankfurt melalui Bahrain
dengan menaiki Gulf Air. Selamat tiba di Bahrain. 
Berehat sebentar sementara menunggu masa untuk 
mengambil penerbangan ke Frankfurt. 

HARI 02 
FRANKFURT / STUTTGART
 

frankfurt, the rhinefall & Alp Mountain
Tiba di Frankfurt dan anda akan disambut oleh wakil POTO. Lawatan ringkas di sekitar Frankfurt (By Pass). Seterusnya bertolak ke Kota Stuttgart-Metzingen yang merupakan pusat membeli belah “Factory Outlet” yang agak terkenal di German. Terdapat barangan yang berjenama seperti “Bally, Bogner, Hugo Boss, Cerruti 1881, Diadora, Escada, Esprit, Lacoste, Galizia, Golfino, Jil Sander, Joop, Hilfinger dan sebagainya dan anda boleh membelinya dengan harga yang berpatutan. Bermalam di Stuttgart . 

HARI 03 
STUTTGART / BLACK FOREST / SCHAFFHAUSEN / LUCERNE

Selepas sarapan pagi, berangkat ke Schaffhausen untuk 
menyaksikan air terjun yang terbesar di Eropah iaitu THE RHINEFALLS. 
Anda juga akan melalui Black Forest sambil menghayati pemandangan 
yang indah disini. Seterusnya bertolak ke Lucerne. 
Lucerne adalah kota warisan yang terkenal dengan pergunungan Alps 
dan dikelilingi oleh tasik yang terjadi dari Sungai “Reuss”. 
Setibanya di sana terus ke hotel penginapan untuk berehat. 
Bermalam di Lucerne. 

HARI 04 
LUCERNE
 

Selepas sarapan pagi anda akan di bawa melawat ke Gunung Titlis dengan ketinggian 3020 meter yang mempunyai salji sepanjang tahun dengan menaiki kereta kabel (optional tour). Di sini anda dapat menyaksikan panorama yang cukup menarik. Anda juga berpeluang bermain luncur salji. Pada petangnya lawatan ke Chapel Bridge dan seterusnya membeli-belah jam jenama Swiss dan “chocolate” yang masyhur di sini. Aturcara bebas. Bermalam di Lucerne. 

HARI 05 
LUCERNE / PARIS

Selepas sarapan pagi, perjalanan jauh ke Kota Metropolitan Paris yang terkenal dengan sejarah Napoleun Bonarparte. Setibanya disana terus ke hotel penginapan untuk berehat. Aturcara bebas. Bermalam di Paris. 

HARI 06 
PARIS
Arc de Triomphe & Champs-Elyees



Selepas sarapan pagi anda akan dibawa melawat ke Paris, kota yang terkenal dengan suasana romantik dan khayalan. Menyaksikan panorama menarik dari Menara Eiffel dan lawatan ke “Arc de Triomphe, Opera, Madeleine, Lauvre, Champs-Elysees, Cathedral of Notre Dame yang dibuat dari gelas kaca. Menyusuri Sungai Seine dengan bot di mana anda dapat melihat bangunan yang berusia 2000 tahun dan peninggalan sejarah Napoleoun Bonarparte. Pada sebelah petang, 
aturcara adalah bebas membeli-belah. Bermalam di Paris.

HARI 07 
PARIS / AMSTERDAM

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Amsterdam. Anda berpeluang melihat banyak windmill apabila memasuki Negara Holland. Sampai di Amsterdam dan aturcara bebas. Anda boleh merancang sendiri untuk keluar melihat aktiviti malam di Amsterdam. 

Damrak square, canal Cruise & Windmill
HARI 08 
AMSTERDAM

Selepas sarapan pagi lawatan ke kilang memproses dan memotong batu permata (berlian). Seterusnya acara menarik menyusuri sungai dengan menaiki “Canal Cruise” yang merupakan pengangkutan air yang terkenal di Kota Amsterdam sambil menghayati keunikan bangunan dan kesan peninggalan sejarah. Pada sebelah petang lawatan Zaanese Schans iatiu perkampungan ‘Windmill’ dan perkampungan nelayan Volendam yang menarik. Seterusnya lawatan ke kilang memproses keju dan membuat kasut kayu (Clog Maker) dan anda juga berpeluang melihat demontrasi cara pembuatannya. Balik ke Amsterdam dan anda berpeluang bersiar-siar di dataran yang tertua di Amsterdam iaitu “Damrak Square”. Bermalam di Amsterdam. 

HARI 09 
AMSTERDAM / BELGIUM / LONDON

Selepas sarapan pagi, bertolak ke Brussels, Belgium iaitu bandaraya yang berusia 1000 tahun. Nama Brussels diambil sempena 19 daerah kerajaan Perancis. Bertolak ke London menaiki Eurostar. Sampai di London dan anda akan dibawa terus ke hotel untuk bermalam. 

HARI 10 
LONDON

Selepas sarapan pagi lawatan ke House of Parliaments, Big Ben, Westminter Abbey dan Trafalqar Square dan seterusnya aturcara bebas membeli-belah dilokasi yang terkenal iaitu Oxford Street. Bermalam di London

HARI 11 
LONDON

Selepas sarapan pagi aturcara bebas. 

Westminister London,  Westminister Abbey,
Oxford Street &  Trafalqar Square.
HARI 12 
LONDON/BAHRAIN
  

Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang ke tanah air melalui Bahrain. 

HARI 13 
BAHRAIN/KUALA LUMPUR




Selamat sampai di Kuala Lumpur.