Trip ke Bumi Afrika 11 hari 9 malam












BUMI MOROCCO + Egypt 

Casablanca, Rabat, Tangier, Fez, Meknes, Marakech, Cair
11Hari 9Malam.
*Penerbangan EGYPT AIR





Hari 01 
Kuala Lumpur
Peserta diminta berkumpul di KLIA 3 jam sebelum masa berlepas ke Cassablanca melalui Cairo. 
Tempat pertemuan dan waktu untuk berkumpul akan diberitahu 3 minggu sebelum tarikh berlepas. 

Hari 02 
Cairo - Casablanca (MT)
Sampai di Cairo dan anda akan dibawa keluar ke hotel di Cairo untuk berehat disini. 
Aturcara bebas sehingga petang. Ambil penerbangan seterusnya ke Morocco. 


Hari 03
Casablanca (MM)



Selamat tiba di Casablanca dan selepas selesai urusan imigresen, anda akan dibawa terus ke hotel untuk berehat 
dan bermalam di sini. 


Hari 04 
Casablanca/Rabat/Tangier (SP/MT/MM)


Selepas sarapan di hotel, bertolak ke Rabat. Sampai di Bandar Rabat dan anda dibawa 
melawat ke makam Raja Muhamad. Selepas itu menuju ke Hassan tower dan Royal Palace. 
Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan ke Tangier iaitu bandar tepi laut 
yang menghubungkan Africa dan Eropah. Bandar ini juga merupakan pintu masuk pelancung 
dan pedagang Europe ke Afrika. Sampai di Tangier, makan malam dan acara bebas. 



pintu masuk Old Medina


Hari 05 
Tangier/Fez (SP/MT/MM)
Selepas sarapan di hotel, lawatan dimulakan dengan melawat ke beberapa destinasi menarik diTangier. 
Anda akan dibawa melawat ke Hercules Caves, Kasbah dan bandar lama Tangier. 
Selepas makan tengahari, anda akan melalui perjalanan yang agak jauh untuk menuju ke Fez. 
Sepanjang perjalanan ini anda akan dapat melihat beribu-ribu pokok zaitun di kiri kanan jalan. Bermalam di Fez. 


Hari 06
Fez (SP/MT/MM)


Selepas sarapan, melawat ke sekitar Bandar Fez. Anda akan berpeluang melihat Bandar Fez yang lama dan juga baru. 
Anda juga akan dibawa ke Old Medina iaitu Bandar lama yang sungguh unik. 
Keldai dan kuda masih lagi digunakan secara meluas di sini sebagai kenderaan pengangkutan barang dagangan. 
Dari dalam kedai yang menjual barangan kulit, anda akan dapat melihat bagaimana caranya pekerja 
mewarnakan kulit-kulit binatang di dalam kolah. Selepas makan tengahari, aturcara bebas. Makan malam di Fez. 


hercules caves!
Hari 07 
Fez/Meknes/Marrakech. (SP/MT/MM)


Selepas sarapan di hotel, bertolak ke Meknes. Di Meknes, anda akan dibawa melawat ke Bab Mansour(lihat dari luar) 
dan makam Maulana Ismail. Selepas makan tengahari, perjalanan diteruskan dengan menuju ke Marrakech iaitu 
banadar yang dikenal sebagai ‘the pearl of the south’. Sampai di Marakech dan bermalam di sini. 


Hari 08
Marrakech (SP/MT/MM)


Selepas sarapan di hotel, anda akan dibawa melawat ke sekitar Bandar Marrakech. 
Antara tempat lawatan yang menarik ialah Djemaa El Fna Square dan Bahia Palace. 
Selepas itu melawat ke Masjid Kaotouba dan Tombeaux Saadiens. Sebelah petang, acara bebas. 
Sebelah malam, optional untuk menyaksikan tarian budaya yang sangat terkenal di sini. Bermalam di Marakech. 


Hari 09 
Marrakech / Casablanca (SP/MT/MM)
 



Selepas sarapan pagi, bertolak ke Casablanca. Anda akan dibawa melawat ke sekitar Bandar Casablanca. 
Antara tempat menarik yang akan dilawati ialah Mesjid King Hassan, Royal Palace dan Old Medina. 
Sebelah petang, aturcara bebas. Selepas makan malam, bertolak ke airport untuk mengambil 
penerbangan pulang ke Kuala Lumpur melalui Cairo. 


Hari 10 
Cairo (MT/MM)


Selamat sampai di Cairo. Anda akan dibawa melawat ke sekitar Bandar Cairo. 
Anda juga berpeluang untuk membeli-belah di bazaar yang sangat terkenal di Cairo iaitu Bazaar Khan El-Khalily.
 Selepas makan malam, menuju ke airport untuk mengambil penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. 


Hari 11
Cairo / Kuala Lumpur

Anda dijangka tiba di KLIA bersama kenangan manis di bumi Morocco. 

No comments:

Post a Comment